HELSINKI - FINLAND. Lapan penerjun udara maut selepas pesawat kecil dinaiki bagi melakukan terjunan bebas Easter Sunday terhempas di Jamijarvi, barat Finland, semalam.
Ketika kejadian, pesawat Pert Air 8 itu dipercayai, menghadapi masalah enjin sebelum terhempas.
Ketua Polis Petri Kangas berkata, pesawat itu berlegar dan tidak seimbang.
"Juruterbang dan dua daripada 10 penerjun terselamat selepas melompat keluar dari pesawat sebelum ia terhempas. Manakala, lapan lagi ditemui mati di sekitar bangkai pesawat," katanya, laporan dipetik dari AP.
Post a Comment