Dalam kejadian tersebut, mangsa, Ramli Abdul Rassar, 34, yang beralamat di Felda Kota Gelangi, Jerantut dan berasal dari Jerantut meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Supritendan Sulaiman A Hamid berkata, semasa kejadian, mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Kelisa dalam perjalanan dari Jerantut ke Bera.
“Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, sebuah kereta jenis Perodua Viva yang datang dari arah Temerloh cuba memotong dua buah kenderaan sebelum bertembung dengan kereta dinaiki mangsa menyebabkan kedua-dua kereta berkenaan berpusing.
“Tiga kenderaan berdekatan tidak sempat mengelak dan turut terbabit dalam kemalangan tersebut.
“Rempuhan kuat menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dengan patah kaki kanan, tulang rusuk serta kepala. Mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh untuk bedah siasat,” katanya.
Sulaiman berkata, pemandu Viva patah kaki kanan dan menerima rawatan lanjut.
Bagaimanapun, tiga lagi pemandu terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen (41) (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan dikendalikan oleh Inspektor Lee Sie Koi.
Sementara itu dalam kemalangan berasingan, tujuh beranak nyaris maut apabila kenderaan dinaiki terbabas di Kilometers 147.4 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), kira-kira jam 6 petang, kelmarin.
Sulaiman berkata, kenderaan jenis Toyota Alphard dipandu Abdul Halim Yahya, 40, dipercayai hilang kawalan menyebabkan terbabas ke kiri jalan lalu melanggar tebing bukit dan terbalik di atas jalan lorong kiri .
Seorang daripada mangsa, Nor Izlyana Hamizah, 11, cedera parah manakala yang lain hanya cedera ringan.
Post a Comment