Lelaki berusia 30 tahun itu, kemudiannya melarikan diri ke kawasan kediaman penduduk kampung dengan membawa bersamanya satu bungkusan plastik.
Gerakan mencari suspek dijalankan dengan bantuan anjing pengesan kira-kira jam 10 malam pada hari sama namun lelaki berkenaan gagal dikesan.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, ketika melakukan rondaan di kawasan perumahan belakang sebuah pasar raya, tiga anggota UPP mendapati seorang lelaki berada dalam keadaan mencurigakan.
“Menyedari gerak geri diperhatikan, suspek itu cuba membolos diri dengan memandu kereta Toyota Caldina namun kenderaannya terbabas di Cabang Tiga Kubang Rambutan dan kemudiannya melarikan diri ke arah Sungai Golok,” katanya.
Tambahnya, usaha memburu suspek giat dilakukan oleh Angkatan Tentera Malaysia yang berada di kawasan sungai tersebut bagi menghalang lelaki berkenaan bolos ke negara jiran.
Beliau berkata, selepas pemeriksaan awal dalam kereta berkenaan, tiada sebarang barang kes mencurigakan ditemui dan kereta berkenaan disita untuk siasatan lanjut.
Menurutnya, kereta berkenaan dilaporkan bukan kenderaan curi dan pihaknya mendapati ia didaftarkan atas nama seorang lelaki beralamat di Terengganu.
Haliludin berkata, pemilik kereta ini juga didapati tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960,” katanya.
Post a Comment