Dalam kejadian jam 2.55 pagi itu, dua lelaki bertopi keledar menyerbu masuk ke dalam pusat hiburan berkenaan dan mengacukan parang kepada juruwang sambil mengarahkan mangsa menyerahkan semua wang yang ada.
Ketika kejadian, empat pekerja sedang bertugas namun tiada pelanggan di dalam premis perniagaan itu.
Bimbang berlaku kejadian buruk, juruwang berusia 30 tahun itu menyerahkan kesemua wang yang dianggarkan RM2,652.
Menurut sumber, mangsa tidak dapat mengecam kedua-dua suspek berkenaan kerana mereka memakai topi keledar gelap.
“Bagaimanapun, dari maklumat mangsa, kedua-dua suspek itu dianggarkan berusia 20an dan bertutur dalam bahasa Hokkien.
“Selepas mendapat wang berkenaan kedua-dua suspek itu terus melarikan diri,” katanya ketika dihubungi semalam.
Sementara itu, pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan bagi memburu kedua-dua lelaki berkenaan termasuk akan melihat kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di sekitar premis perniagaan berkenaan.
Post a Comment