Rajib Roy, 16, anak kepada seorang pekerja seks terpilih ke Old Trafford selepas bakatnya dikesan oleh pasukan pencari bakat United dalam satu kejohanan bola sepak yang mengumpulkan pemain terbaik remaja India.
Dia antara 11 remaja yang dipilih menyertai latihan selama 15 hari di bawah seliaan jurulatih berpengalaman United.
Kebanyakan pemain terpilih ke England datang dari keluarga berada, namun Rajib berasal dari keluarga susah dan tinggal di wilayah terpencil Sonagachi yang dihuni lebih 12,000 pekerja seks.
Sanggup ikat perut
RAJIB bermain di posisi penyerang memiliki sentuhan dan skil bola sepak yang mengagumkan.
Di bilik tidurnya, terpampang poster pemain Chelsea, Oscar.
Pemain Brazil itu menjadi idolanya kerana Oscar juga berasal dari keluarga miskin.
"Saya simpan duit saku yang ibu beri untuk beli makanan. Bila cukup, saya beli kasut dan jersi bola sepak.
"Memang perit. Tapi, saya akan lakukan apa sahaja untuk mencapai cita-cita saya," katanya.
Mahu salam Rooney
RAJIB memberitahu perkara pertama yang mahu dilakukannya sebaik tiba di London adalah bersalam dengan penyerang Manchester United, Wayne Rooney.
Katanya, dia mahu menjadi seperti pemain itu dan berharap peluang ke Old Trafford mampu merealisasikan impiannya menjadi pemain bola sepak profesional serta mengubah nasib keluarga, satu hari nanti.
"Saya tidak pernah membayangkan akan mendapat peluang keemasan seperti ini. Apa pun, saya tidak akan berhenti dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita saya," katanya.
Selain Rajib, rakan baiknya, Arko Dev, 17, yang juga anak pekerja seks turut terpilih ke 'Theatre of Dreams'.
Post a Comment