Selain itu bagi merancakkan lagi pertandingan, sebanyak 700 kilogram (kg) ikan keli Afrika dilepaskan ke dalam tasik tersebut untuk peserta yang bakal bertanding Sabtu depan.
Program anjuran Faizal Joran itu memilih tasik buatan terletak bersebelahan Stadium Tertutup buat julung kalinya sebagai tempat pertandingan yang dijangka disertai kira-kira 2,000 peserta.
Pengerusi penganjur, Ahmad Hamizan Mohd Din berkata, Perodua Viva adalah hadiah terbesar menanti peserta bertuah yang membeli tiket bernilai RM100 tersebut.
“Setiap peserta yang ingin mengambil bahagian, kita kenakan harga tiket RM100 untuk satu joran. Bagi cabutan bertuah itu, terpulang kepada peserta sama ada ingin sertai pertandingan atau sekadar membeli tiket.
“Kita jangka pertandingan julung kali diadakan di tasik buatan ini bakal memberikan keistimewaan tersendiri, di samping lokasi luas dan menarik yang dapat menarik ramai pengunjung,” katanya.
Menurutnya, selain ikan sedia ada, pihaknya turut menambah spesies ikan keli Afrika yang beratnya mencecah 11 kg seekor.
“Antara kelainan dalam pertandingan kali ini, kita pilih tasik buatan di dalam kawasan bandar untuk memudahkan peserta mengambil bahagian, di samping membantu mempromosikan lagi tasik ini. Jadi, kaki pancing diharap tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam pertandingan terbuka ini.
“Hadiah wang tunai turut ditawarkan kepada peserta sehingga tempat ke-60. Pendaftaran dibuka mulai 18 April sehingga ke hari pertandingan iaitu 19 April ini,” katanya.
Post a Comment