Serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu kira-kira jam 6.15 petang, hasil maklumat dan risikan selama tiga bulan susulan maklumat awam yang diperoleh berhubung kegiatan premis berkenaan yang dipercayai menjalankan aktiviti tidak bermoral itu.
Menurut sumber, difahamkan, sebelum ini premis berkenaan sudah beberapa kali diserbu, namun masih tidak serik apabila berterusan melakukan aktiviti sama walaupun pelbagai tindakan sudah diambil.
“Hasil siasatan mendapati premis itu sudah menganjurkan aktiviti perjudian sejak 2010.
“Dalam serbuan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 32 tahun dipercayai penganjur perjudian itu untuk siasatan lanjut,” katanya.
Jelas sumber, sebelum ini, penganjur sudah kerap kali dikenakan tindakan mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 tetapi masih melakukan kesalahan sama.
Katanya, suspek kini ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 (POCA).
Pindaan terhadap POCA 1959 yang diwartakan pada 1 April lalu telah berkuat kuasa kelmarin. Semua kontinjen polis di seluruh negara menjalankan operasi serentak mengikut pindaan itu bagi memerangi jenayah dengan lebih berkesan.
Sementara itu, Majistret Abdul Hayyi Salim membenarkan suspek direman selama 21 hari sehingga 23 April untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 (POCA).
Post a Comment