Ketua Polis Daerah Dungun, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, pihaknya sehingga kini menahan seorang rakan mangsa bagi tujuan siasatan, manakala seorang lagi masih diburu dan dipercayai melarikan diri sebaik mengetahui rakannya maut dalam kejadian itu.
Menurut beliau, suspek yang ditahan di stesen bas Kuala Dungun pada hari kejadian, kini ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
”Hasil bedah siasat mendapati kematiannya disebabkan cedera parah di bahagian kepala akibat dipukul dengan objek keras.
“Siasatan masih diteruskan untuk menjejaki seorang lagi suspek yang dipercayai ada kaitan dengan kes berkenaan. Kita minta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan agar dapat menyalurkannya kepada polis,” katanya.
Sinar Harian semalam melaporkan, seorang buruh warga Myanmar berusia 20-an ditemui mati di sebuah rumah kongsi di tapak pembinaan Masjid Durian Mentangau, di sini.
Siasatan awal polis mempercayai, mangsa mati akibat cedera parah di bahagian kepala akibat dipukul dengan objek keras, selepas berlaku pergaduhan dengan rakan sekerjanya.
Polis masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh membawa hukuman mati mandatori.
Post a Comment