Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, kejadian berlaku pada awal jam 4 pagi semalam ketika orang ramai masih lena dibuai mimpi.
Menurutnya, suspek tidak bernasib baik kerana perbuatannya itu disedari sekumpulan penduduk yang kebetulan melalui kawasan tersebut.
“Suspek telah ditangkap bersama wang RM56 dan dawai besi yang digunakan bagi mengambil wang dari tabung tersebut.
“Suspek yang juga seorang buruh binaan kini direman empat hari dan disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya.
Manakala, Penyelaras Skim Rukun Tetangga Kampung Budi, Zul @ Mat Daud Mamat berkata, penceroboh masjid itu disedari beberapa anak muda yang menjalankan kerja menampal poster berdekatan masjid tersebut.
Mereka melihat ada kelibat orang yang mencurigakan di dalam kegelapan masjid tersebut.
“Mereka beramai-ramai tangkap pencuri itu dan kemudiannya diserahkan kepada polis.
“Sudah banyak kali kes kecurian di masjid ini hingga memaksa kami pasang rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di masjid tahun lalu.
“Lepas pasang CCTV barulah tak ada kes kecurian dan sehinggalah kali ini. Ini bukan pertama kali pencuri berjaya ditangkap sebab tahun lepas juga kami ada tangkap pencuri, juga dari Binjai,” katanya.
Post a Comment