BERITA TERKINI

Friday, 4 April 2014

Lima warga Myanmar ditahan

Advertisement
RANTAU PANJANG – Lima pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan pihak berkuasa di beberapa pengkalan haram dekat sini, pada jam 1.15 petang, kelmarin.

Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, tiga lelaki dan dua perempuan warga Myanmar itu ditahan kerana memasuki negara tanpa dokumen sah.

Selepas diperiksa katanya, kesemua Pati  berasal dari kampung yang sama terletak di Kawthuanh, Tanintharyi Myanmar.

Menurutnya, hasil soal siasat mendapati mereka bergerak menerusi laluan darat dari Myanmar ke Thailand seterusnya ke sempadan dekat Rantau Panjang.

“Kesemua Pati tersebut  berusia dalam lingkungan 18 hingga 26 tahun.

"Mereka tidak memahami bahasa Melayu dan memasuki negara ini untuk mencari kerja.

“Penahanan baharu ini menjadikan kes Pati seramai 13 orang,” katanya.

Haliludin berkata, kebanyakan Pati yang ditahan ialah warga Myanmar dan Kemboja.

Dalam masa yang sama katanya, pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Batalion 2 Rejimen Sempadan berjaya menumpaskan kes penyeludupan membabitkan pakaian wanita di Pengkalan Haram Gergaji dan Daun Ketum bernilai hampir RM 11,000.

“Kesemua barangan rampasan dihantar ke Ibu Pejabat Polis Pasir Mas sebelum diserahkan kepada agensi terlibat,” katanya.

Post a Comment