BERITA TERKINI

Monday, 17 March 2014

Warga emas ditemui tergantung

Advertisement
IPOH – Seorang wanita terkejut apabila mendapati ibunya ditemui tergantung di tingkap bilik tidurnya selepas menikmati makan malam bersama di sebuah rumah di Pekan Razaki di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam selepas anak perempuan mangsa yang berusia 54 tahun itu baharu selesai menyuap makanan kepada ibu yang berusia 94 tahun itu.

“Ketika berada di dapur, anak perempuan mangsa terdengar bunyi bising dari arah tempat tidur ibunya menyebabkan wanita terbabit bergegas melihat keadaan ibunya.

“Wanita terbabit terkejut mendapati ibunya tergantung berhampiran tingkap dan bergegas menolong mangsa dengan membaringkan di atas katil sebelum menghubungi ambulans,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, pakar perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia setiba di lokasi kejadian dan mayat dibawa ke Unit Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

“Hasil siasatan mangsa mengalami masalah tekanan perasaan dan mental dan polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut,” katanya.

Post a Comment