BERITA TERKINI

Monday, 31 March 2014

Piala AFC Selangor perlu catat kemenangan

Advertisement
ENGGAN digelar pakar seri, Selangor perlu mencatat kemenangan ke atas kelab Vietnam, Hanoi T&T pada saingan Kumpulan F Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Shah Alam, malam ini.

Merah Kuning pimpinan Mehmet Durakovic setakat ini baharu mengumpul dua mata hasil keputusan seri bertemu Arema Indonesia (1-1) dan Maziya Sports & Recreation (1-1).


Begitupun, dengan beberapa tonggak alami kecederaan, Durakovic tetap berharap kemampuan pemain lain menyajikan permainan terbaik di hadapan penyokong sendiri.

"Steve Pantelidis, Muhd Shahrom Abdul Kalam dan K Gurusamy berkemungkinan tidak boleh diturunkan kerana masalah kecederaan.

"Abdul Shukur Jusoh dijangka mendapat tempat. Apa pun, kita akan lihat pada malam ini," katanya.

Dalam pada itu, kapten pasukan, Bunyamin Umar berkata, kesemua rakan sepasukan siap sedia kembali ke gelanggang permainan walaupun mereka dihimpit elemen kecederaan.

"Ramai pemain cedera kerana bermain banyak perlawanan dalam satu minggu. Tapi, bagus juga kerana beri peluang kepada pemain tempatan menonjol diri supaya setanding dengan awang import.

"Kepada penyokong Selangor, datanglah beri sokongan untuk bakar semangat kami semasa beraksi nanti," katanya.

Berita baik kepada kem The Red Giants ,sekembalinya peledak terbanyak Liga Super yang menggegar jaring lapan gol, Paulo Rangel apabila tamat penggantungan satu perlawanan dan menjadi taruhan Durakovic mengetuai jentera serangan.

Post a Comment