BERITA TERKINI

Monday, 24 March 2014

Pelajar OKU yang bercita-cita tinggi

Advertisement
GUA MUSANG - “Saya berhajat benar untuk menjadi seorang guru dan harapkan diberi keistimewaan memasuki Institut Pendidikan Guru (IPG),” rayu seorang pelajar OKU, Muhammad Zulkifli Nordir yang memperolehi 4A 1B peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysi (SPM) 2013.

Beliau berkata, sebagai anak peneroka Tanah Rancangan Felda Aring 1 dan belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Chiku, tetap menyedari kekurangan dirinya untuk mencipta sejarah kejayaan.

Ketika ditemui selepas menerima slip SPM itu, beliau bertekad akan belajar bersungguh-sungguh jika diberi peluang ke IPG dan akan buktikan kemampuannya untuk mengajar pelajar lain terutama mereka yang senasib dengannya.

Katanya, dia tidak pernah merasa kecil hati kerana dilahirkan tanpa kedua-dua tangan, malah sentiasa bersyukur di atas rahmat yang diberikan ALLAH terutama diberikan kesihatan membolehkan terus pengajian.

“Azimat utama menempah kejayaan SPM itu dengan mengulangi pelajaran sepanjang masa dan tidak tinggalkan solat, selain memohon restui kedua ibu bapa untuk mengejar sesuatu kejayaan.

“Walaupun saya gagal mendapat cemerlang dalam pemeriksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dua tahun lalu, tidak melemahkan semangatnya mengejar impian kejayaan itu,” katanya.

Muhmmad Zulkifli berkata, guru di sekolah juga sentiasa memberi bimbingan terbaik dengan harapan hidup masanya tidak sia-sia, sebaliknya lebih berkemampuan daripada mereka yang cukup sifat.

Beliau sudah menyatakan kesediaan ke arah itu kepada guru, ibu bapa dan rakan-rakan untuk tidak mensia-siakan harapan mereka bagi menempat kejayaan.

“Saya juga tidak sedikit cuba berselindung apa nasib yang dihadapinya kerana kurang sifat, namun apa yang terpahat di hati takdir Ilahi harus diterima dengan hati terbuka,” katanya.

Katanya, seminggu sebelum menduduki peperiksaan SPM, dia juga bersolat hajat dan tahjud memohon kepada Tuhan supaya memberi kekuatan dan semangat menempah kejayaan.

“Syukur Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan ALLAH walaupun hanya mendapat keputusan SPM 4A 1B. Itulah sekadar yang mampu saya perolehi,” katanya.

Post a Comment