Tindakan pantas anggota URB yang bergegas ke tempat kejadian dan memberkas suspek adalah hasil maklumat diterima daripada orang awam.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, salah seorang daripada suspek yang diberkas mempunyai rekod lampau bersabit kesalahan dadah.
“Turut dirampas bersama suspek adalah 20 bateri, peralatan pecah kabin dan sebuah lori yang digunakan untuk memunggah barangan curi. Jumlah kerugian dianggarkan sekitar RM16,000.
“Kejayaan ini adalah hasil maklumat daripada orang awam dan setinggi penghargaan serta terima kasih kepada orang awam yang membantu. Kita sangat mengalu-alukan sikap prihatin masyarakat sebegini,” katanya.
Menurutnya, suspek yang ditangkap akan direman untuk siasatan lanjut berkaitan kes kehilangan bateri di pencawang syarikat komunikasi lain.
“Lokasi pencawang syarikat telekomunikasi yang selalunya terletak di kawasan yang agak terpencil menyebabkan kes yang sama ada berlaku sebelum ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Post a Comment