Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, lelaki dikenali sebagai Tun Tun, 41, yang juga rakan sebilik mangsa amat diperlukan bagi membantu siasatan kes berkenaan setelah penahanan seorang lagi pekerja restoran warga Indonesia yang kini masih ditahan reman.
“Polis meminta kerjasama sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai suspek supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di talian 05-6222222 atau 05-6299222 atau hubungi mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.
Dalam kejadian jam 7.40 itu, mangsa dikenali sebagai Thawng Thawn Khai, pemegang sijil pelarian UNCHR ditemui terbaring berlumuran darah di belakang restoran di Jalan Maharaja Lela, dekat sini.
Mangsa disahkan mati dengan dua kesan tikaman di bahagian rusuk kiri.
Post a Comment