Kemenangan itu menyaksikan anak buah Abdul Rahman Ibrahim mengutip 10 mata sekali gus merampas kedudukan Selangor yang kalah kepada Johor Darul Ta’zim 4-1 di Larkin.
Beraksi di depan 10,000 penyokong fanatik, pasukan tuan rumah bermula garang menerusi pemain import, Marcio Souza dan Pemain Terbaik Kebangsaan 2013, Mohd. Nor Farhan Mohamad sebaik aksi separuh masa pertama bermula.
Begitupun, skuad Penyu memastikan kelebihan menjadi milik skuad kendalian Abdul Rahman Ibrahim itu apabila memperoleh gol pembukaan menerusi Mario Karlovic pada minit ke-20.
Jaringan itu hadir apabila perancang kelahiran Australia itu berjaya memanfaatkan sepakan percuma yang berjaya mengelirukan penjaga gol Pahang.
Bersambung babak kedua kapten Terengganu, Ismail Faruqi memastikan tiga mata menjadi milik skuad Penyu dengan meledak gol kedua pada minit ke-69.
Skuad pelawat yang terdesak untuk mencari jaringan, akhirnya terpaksa akur apabila keputusan 0-2 kekal sehingga tamat perlawanan.
Selepas menentang Pahang, Terengganu bakal menentang Selangor untuk aksi perlawanan keenam Liga Super, 8 Mac depan.

Post a Comment