Beliau berkata, sindiket itu beroperasi sejak setahun lepas, menjadikan sebuah unit kondominium di Green Lane di sini sebagai makmal memproses dadah jenis heroin untuk diedarkan di negeri-negeri utara Semenanjung.
![]() |
| Gambar hiasan |
Mereka yang berusia antara 28 dan 42 tahun ditahan reman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Dua lelaki yang ditahan itu mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah dan mereka baru sahaja dibebaskan daripada penjara kerana kesalahan dadah.
"Kami percaya seorang daripadanya adalah perancang utama kumpulan ini," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Source

Post a Comment