Dalam serbuan kira-kira jam 10 malam di sebuah rumah urut di Jalan Kampung Dalam, di sini, wanita berusia 45 tahun yang bertubuh gempal itu terpaksa didukung seorang anggota penguat kuasa bertugas masuk ke dalam van, sebelum dibawa ke pejabat Jabatan Imigresen, di sini.
Ketua Bahagian Penguat kuasa Jabatan Imigresen Negeri, Shahril Khalil berkata, selain wanita itu, sembilan lagi wanita warga China berusia lingkungan 37 hingga 46 tahun turut ditahan, namun pemeriksaan mendapati kesemua mereka memiliki dokumen sah.
“Ketika serbuan, wanita berkenaan sedang mengurut pelanggan di dalam bilik khas. Pada mulanya dia ‘OK’ ketika diarahkan penguat kuasa untuk berkumpul di satu tempat.
“Tetapi, tiba-tiba dia berpura-pura diserang sakit jantung sehingga terpaksa didukung masuk ke dalam van kerana panik. Namun, pemeriksaan mendapati semua mereka memiliki dokumen sah. Selain sembilan wanita itu, kita turut memeriksa 12 pelanggan yang berada di dalam premis itu, namun tiada sebarang tangkapan dibuat,” katanya semalam.
Shahril berkata, pihaknya turut membuat serbuan kedua di Flat Sri Kolam di sini, dan memeriksa tujuh wanita warga China, dengan dua daripadanya yang berusia 47 dan 49 tahun ditahan kerana tidak memiliki dokumen sah.
“Kedua-dua mereka ditahan kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen kerana tiada permit sah,” katanya.
Beliau berkata, seramai 20 anggota penguat kuasa menyertai operasi itu yang bermula jam 8.30 hingga 10 malam.

Post a Comment