Penduduk, Mohd Hanafi Mat Noor, 51, berkata, rumah yang diduduki seorang lelaki, dipercayai kurang waras itu pernah terbakar pada 2011 lalu.
Selepas kejadian pertama, Mohd Hanafi berkata, penduduk yang prihatin membaiki rumah tersebut agar mangsa dapat tinggal di rumah yang selamat.
“Namun disebabkan penyakitnya itu, ada penduduk mendakwa mangsa membakar selimut tebal di dalam biliknya.
“Mujurlah pihak Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang sempat mengawal api daripada merebak ke bahagian lain dengan segera,” katanya.
Sementara itu, Penolong Penguasa Bomba, Nashuha Fahd Ahmad Mijar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.11 petang.
“Kami bergegas ke tempat kejadian dengan kekuatan lima anggota menggunakan satu jentera.
“Api berjaya dikawal beberapa minit kemudian dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana ia membabitkan sebuah rumah tanpa penghuni. Punca dan kerugian masih disiasat,” katanya.
Memandangkan berlaku perubahan cuaca, beliau menasihati penduduk supaya tidak melakukan pembakaran terbuka.
Ini kerana katanya, cuaca panas dan berangin ketika ini menjadi faktor api merebak dengan cepat.

Post a Comment