Kemeriahan turut dirasai dengan kehadiran pemimpin setempat iaitu Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar dan Adun Permatang, Sulaiman Abd Razak di rumah bapa Safiq, Rahim Mohd Yatim.
Menurut Rahim yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Rantau Panjang, pihaknya terharu dengan kehadiran semua termasuk pemimpin setempat yang tidak putus pada majlis resepsi yang diadakan dua hari bermula 8 Februari di rumahnya.
“Alhamdulillah anak sulung kami sudah selamat melangsungkan perkahwinan dengan cuaca yang cukup baik...memudahkan tetamu datang dan sambutan sungguh baik.
“Kita buat dua hari sebab yang datang cukup ramai..tidak mahu terlalu sesak. Mereka boleh makan dan meraikan majlis dengan keadaan selesa.
“Sudah pastinya kami menantikan cucu sulung daripada anak-anak kami dan saya mendoakan anak sulung ini akan menimang cahaya mata dengan segera,” katanya seloroh.
Sementara itu, Safiq ketika ditemui berkata, dia masih belum merancang untuk berbulan madu di dalam negara mahupun luar kerana masih sibuk dengan rutin latihan untuk liga nanti.
“Sekarang ini saya tak fikir lagi nak honeymoon sebab masa tiada..isteri pun tak kisah dan memahami keadaan saya yang sibuk dengan latihan untuk perlawanan liga tak lama lagi.
“InsyaALLAH saya harap kejayaan dan yang terbaik untuk liga kali ini dan kalau boleh, tahun ini kami mencapai target yang diidamkan.
“Itu yang paling penting sekali sebab saya memang mengharapkan semuanya sempurna buat tahun ini dan kalau boleh, pasukan JDT akan bawa balik piala nanti,” katanya.
Source

Post a Comment