BERITA TERKINI

Sunday, 23 February 2014

Pemandu treler maut

Advertisement
REMBAU – Seorang pemandu treler maut apabila motosikal ditungganginya dipercayai terbabas ke kiri jalan dan merempuh pengadang jalan sebelum melambung ke dalam longkang, dalam kejadian di kilometer 34.5, Jalan Seremban-Tampin, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 8.45 malam itu, mangsa, S.Sriranga Pillai, 47, yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 bersendirian, mati di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan dalaman.

Menurut anak kedua mangsa, S. Ramki, 24, dia menerima panggilan dari bapa saudaranya memberitahu, bapanya terbabit dalam kemalangan selepas rakan bapa saudaranya yang kebetulan melalui lokasi kemalangan mengenali motosikal mangsa.

“Saya terus menghubungi telefon bimbit ayah dan ada individu lain menjawabnya serta memaklumkan ayah terbabit dalam kemalangan dan menyuruh saya datang segera ke lokasi kejadian.

“Jika diikutkan sejak bekerja sebagai pemandu treler di Kota kira-kira 20 tahun lalu, ayah tidak pernah pulang lewat dan sekiranya dia lambat pulang, ayah pasti akan menghubungi kami,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, dekat sini, malam kelmarin.

Ramki berkata, kali terakhir dia berjumpa dengan ayahnya pada pagi kejadian iaitu sekitar jam 7.45 pagi dan ketika itu ayahnya sedang tidur.

“Saya hanya melihat wajah ayah tidur sebelum ke tempat kerja dan sebaik pulang ke rumah saya berasa agak bimbang kerana ayah masih tidak pulang.

Sementara itu, jurucakap Polis berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dipercayai hilang kawalan sebaik menghampiri selekoh lalu terbabas ke kiri jalan dan merempuh pengadang jalan.

“Motosikal mangsa tercampak ke jalan, sementara mangsa melambung ke dalam longkang sejauh lebih dua meter.  Mayat mangsa di hantar ke Hospital Tampin untuk proses bedah siasat.

Post a Comment