Tandukan penyerang import, Karlo Primorac pada separuh masa kedua yang terkena palang dan percubaan ditepis pertahanan Kelantan di atas garisan gol menceritakan segala-galanya kesungguhan pemain Semut Api untuk melakar kejutan.
“Dua gol mudah diberikan kepada lawan seolah-olah memberi semangat untuk mereka beraksi tanpa tekanan, keadaan ini tidak seharusnya berlaku.
“Ketinggalan tidak mematahkan semangat pemain dan mereka berjaya menyamakan kedudukan selain memastikan kedudukan agregat 5-5 selepas Hamka Hamzah menjaringkan gol kedua perlawanan.
“Namun rentak permainan sedikit menurun dan kesilapan Nazmi Faiz Mansor yang membiarkan bola dirampas di kakinya membuka ruang Kelantan melakukan serangan dan mereka berhasil menjaringkan gol ketiga perlawanan,” katanya.
Mengulas mutu permainan barisan anak didiknya, Wan Jamak menegaskan masih banyak perlu dipertingkatkan, namun memuji semangat juang ketika berhadapan pasukan yang mempunyai nama dan reputasi selaku penyandang juara Piala FA.
“Kini selaku pasukan berstatus kelab, kami kian dikenali pesaing lain dan saingan sengit dipamerkan malam ini (kelmarin) membuktikan reputasi dimiliki pasukan, namun kita masih ada masa untuk memperbaiki kelemahan,
Post a Comment