Majistret, Abdul Hayyi Salim membuat keputusan itu selepas tertuduh, Mohd Hafizul Hashim, 24, mengaku salah terhadap pertuduhan berkenaan.
Mohd Hafizul yang beralamat di Jalan Panji Alam dituduh mencuri duit tabung derma Masjid Tokku, Chabang Tiga sebanyak RM239, kira-kira jam 10.30 pagi kelmarin.
Berdasarkan fakta kes, pengadu bersama rakannya ternampak tertuduh berada di masjid berkenaan dalam keadaan mencuriga sebelum menyedari tertuduh memasukkan wang ke dalam beg.
Pengadu kemudian menahan tertuduh dan membuat laporan polis.
Hasil laporan yang dibuat, anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan menahan tertuduh serta merampas begnya.
Hasil pemeriksaan, beg berkenaan didapati berisi pembaris besi, gergaji besi, gelung pelekat (double tape), rantai kunci pelbagai jenis, lampu picit dan wang tunai RM239.
Siasatan polis mendapati, tertuduh menggunakan pembaris besi yang dibalut 'double tape' untuk mengait keluar duit dari tabung.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda.
Post a Comment