Kejadian kira-kira jam 5 petang itu dipercayai berlaku ketika Mohd Sabri Abdullah, 47, melalui satu lorong kawasan perumahan dekat sini.
Saksi kejadian, Noor Hisham Nordin, 36, berkata, dia mengetahui kejadian menimpa mangsa dari Nibong Stesen itu selepas dimaklumkan adiknya, Izzat Aminudin, 16, yang melalui lokasi terbabit.
“Izzat nampak ada orang naik basikal dalam keadaan terhuyung-hayang lalu rebah. Saya cuba hampiri, namun takut nak bantu sebelum hubungi JPAM bagi mendapatkan bantuan. Namun sebaik JPAM dan pegawai perubatan tiba, mangsa dilaporkan sudah meninggal dunia," katanya.
Sementara itu, kata ibu mangsa, Gayah Jusoh, 69, kali terakhir dia bertemu anaknya itu pada jam 3.30 petang hari kejadian.
“Dia beritahu nak datang ke sini untuk minta kerja, namun saya terkejut apabila ada orang beritahu dia rebah dan meninggal dunia,” katanya di lokasi kejadian.
Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun bagi mengesahkan punca kematian.
Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan kejadian.

Post a Comment