BERITA TERKINI

Wednesday, 19 February 2014

Mati digilis forklift

Advertisement
ROMPIN – Perubahan sikap seorang pemuda menjadi pendiam ketika bersama dengan ahli keluarganya selain hanya tersenyum jika adik beradik lain bergurau dengannya menjadi petanda bahawa beliau akan pergi meninggalkan keluarganya itu buat selamanya.

Mangsa, Ahmad Zaid Harishah Abu Bakar, 18, baru sebulan bekerja di Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian di Kampung Selancar, Tanjung Gemok, maut akibat cedera di leher dan kepala selepas di gilis oleh forklift sekitar jam 11.45 pagi kelmarin ketika cuba menghidupkan jentera tersebut yang rosak dengan membuat sambungan ‘jumper’ bateri dari sebuah forklift lain.

Kakak mangsa, Nur Zahidah Abu Bakar, 28, berkata, sejak seminggu lalu arwah banyak menunjukkan perubahan apabila tidak banyak bercakap dengan ahli keluarga selain hanya tersenyum jika ahli keluarga lain bergurau senda dengannya.

“Sebelum kejadian, saya dan arwah bersama-sama seorang lagi kakaknya , Nurul Diana Abu Bakar, 21, sempat ke kedai untuk membeli sarapan namun dia tidak banyak bercakap selain asyik termenung di depan forklift sebaik sampai di tempat kerja

Menurutnya, difahamkan bahawa kejadian berlaku apabila forklift yang cuba dihidupkan Zaid terundur lalu menggilisnya ketika dia sedang berdiri dengan sebelah kakinya cuba menekan pedal minyak jentera itu.

Dalam pada itu, ibu mangsa, Zaiton  Ariffin, 49, berkata, beliau bergegas ke tempat kejadian apabila diberitahu salah seorang rakan mangsa.

“Ketika kejadian, saya sedang berniaga di warung yang hanya berhadapan dengan tempat kerjanya itu.

“Anak lelaki saya yang sulung juga bergegas ke tempat kejadian untuk melihat keadaan Zaid namun sebaik sampai dia sudah tidak sedarkan diri sebelum kami menghantarnya ke Klinik Kesihatan Tanjung Gemuk, Rompin, namun disahkan  sudah meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya mengesahkan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai kemalangan di tempat kerja.

Post a Comment