BERITA TERKINI

Monday, 17 February 2014

Macam-macam di China

Advertisement
Shenzhen: Seorang lelaki dipenjara tiga tahun selepas didapati bersalah menabur paku di jalan raya yang menyebabkan sejumlah kenderaan pancit dan menyebabkan kemalangan.

Akhbar di Guangdong melaporkan, lelaki itu, Wu bertindak demikian kerana bosan dengan kesibukan lalu lintas di sekitar kediamannya.

Wu memberitahu mahkamah, beliau tidak tahan  dengan bunyi bising kenderaan yang melalui depan rumahnya hingga menyebabkan dia tidak boleh tidur.

Dia bertindak menaburkan paku di tengah dan tepi jalan sejak 2012 dan meneruskan kegiatannya sehingga ditangkap baru-baru ini.

Perbuatannya menyebabkan beberapa kenderaan berat, termasuk trak, bas dan kereta pancit.

Post a Comment