BERITA TERKINI

Monday, 17 February 2014

Lelaki maut hidu asap kereta

Advertisement
KUANTAN - Seorang pesakit buah pinggang ditemui mati dalam kereta jenis Perodua Kancil miliknya di hadapan pusat hemodialisis Pahang Buddist Association Indera Mahkota 8 di sini, pagi semalam.

Mayat mangsa, Phua Cheng Ching, beralamat di Taman Kampung Padang 1 Jalan Sungai Lembing dekat sini ditemui kira-kira jam 7.15 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, ketika ditemui, mangsa kaku  dalam keretanya dan sudah meninggal dunia.

Menurutnya,pihak polis turut menemui paip getah yang disambungkan dari ekzos ke dalam kereta melalui cermin tingkap bahagian penumpang belakang.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat.

“Mangsa dipercayai maut akibat lemas disebabkan asap kereta yang masuk melalui sambungan paip getah itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohd Jasmani berkata, mangsa yang bekerja sebagai juru wang sebuah pusat hiburan di sini dan masih bujang difahamkan mengidap penyakit buah pinggang.

“Mangsa dipercayai keluar rumah kira-kira jam 2.30 pagi semalam menuju ke kawasan itu sebelum dia ditemui mati kira-kira enam jam kemudian,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kematian mangsa tidak melibatkan sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Post a Comment