Pengarah Kesihatan negeri Kedah Dr Ismail Abu Taat berkata 160 pelajar mengalami cirit-birit dan muntah, bagaimanapun hanya sebahagian daripadanya dikejarkan ke Hospital Kuala Nerang (HKN) manakala selebihnya dirawat di sekolah.
Beliau berkata 117 pelajar menerima rawatan pesakit luar dan dua daripada pelajar berkenaan ditahan di wad HKN untuk rawatan lanjut.
"Pelajar dipercayai terkena jangkitan selepas menikmati makanan yang disediakan malam tadi, tapi semua masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata ekoran insiden itu dewan makan sekolah berkenaan ditutup selama dua minggu untuk pemeriksaan.

Post a Comment