BERITA TERKINI

Monday, 3 February 2014

Gunung Sinabung meletus lagi.

Advertisement
Gunung Sinabung
KARO - Gunung Sinabung di utara Sumatera, Indonesia yang meragut 16 nyawa sekali lagi menghamburkan abu dan batu ke udara semalam.
Letusan terbaharu itu menyebabkan usaha mencari mangsa-mangsa bencana tersebut terpaksa ditangguhkan.
Sebelum usaha menyelamat dihentikan, satu pasukan penyelamat menemui lapan bangkai motosikal rentung tertanam di bawah abu Gunung Sinabung yang meletus pada Sabtu lalu.
Letusan itu adalah yang pertama mencatat korban sejak Gunung Sinabung di Sumatera kembali aktif pada September tahun lalu selepas pasif selama beberapa tahun.
Agensi Mitigasi Kebangsaan Indonesia menyatakan, Gunung Sinabung yang beberapa kali meletus dalam sehari, menghambur abu panas dan batu setinggi 2,500 meter ke udara.
"Kami memutuskan untuk menghentikan sementara operasi mencari dan menyelamat kerana faktor keselamatan," kata ketua cawangan setempat agensi berkenaan, Rochmali.
Kebanyakan mangsa yang maut dalam letusan kelmarin merupakan pelancong tempatan termasuk empat pelajar sekolah menengah yang mati serta-merta apabila mereka diselubungi terkena gas dan abu panas.
Sinabung merupakan antara 129 gunung berapi aktif di Indonesia. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0204&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2sK1lZZJP 
Hakcipta terpelihara 

Post a Comment