UMI SUPYA menutup muka ketika hadir ke Hospital Kajang semalam untuk mendengar pendakwaan yang dikenakan ke atas suaminya. |
Prosiding pendakwaan ke atas Norazman Mohammad, 43, di hadapan Majistret A. Jalil Salam Muhammad dilakukan di Wad 2 Lelaki, Hospital Kajang pada pukul 11.30 pagi.
Wakil media tidak dibenarkan masuk semasa prosiding kes itu dan hanya dibenarkan berada di luar pintu utama wad itu malah tingkap di dalam wad ditutup dengan langsir.
Prosiding tersebut berlangsung di hospital kerana tertuduh masih ditempatkan di wad tersebut sejak 30 Januari lalu bagi mendapatkan rawatan akibat kecederaan di kepala, kecederaan itu dipercayai berlaku ketika mangsa cuba untuk menamatkan riwayatnya sendiri dengan menghentak kepalanya dengan batu-bata.
Source
Post a Comment