BERITA TERKINI

Monday, 10 February 2014

Ayam sabung dirampas di Amerika Syarikat

Advertisement

Ayam sabung
NEW YORK - Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menahan sembilan lelaki dan menyelamatkan sebanyak 3,000 ekor ayam jantan dalam serbuan ke atas satu sindiket sambung ayam, lapor akhbar New York Daily News semalam.

Operasi yang dikenali sebagai Operasi Angry Birds itu dilancarkan pada Sabtu lalu dan berakhir kelmarin ke atas sindiket sabung ayam yang dianggap paling besar di negeri ini.

Serbuan itu dilakukan ke atas tiga buah lokasi di bandar ini.

Salah satu lokasi itu merupakan tempat acara sabung ayam, sebuah tempat penyimpanan ayam jantan dan sebuah ladang menternak ayam.

Pihak berkuasa turut menahan 70 orang pengunjung yang terdiri daripada pemilik ayam jantan, kaki judi dan penonton.

Dalam acara tersebut setiap ayam jantan akan diberi dadah dan akan bertarung dengan ayam jantan yang lain sehingga mati.

Seorang pendakwa raya Eric Schneiderman berkata, sabung ayam adalah satu aktiviti kejam dan tidak berperikemanusiaan serta mendorong aktiviti jenayah yang lain.

"Kami dan beberapa agensi penguat kuasa yang lain komited untuk menghentikan sukan yang kejam itu," katanya.

Source

Post a Comment