Aliran trafik ke arah selatan bergerak perlahan dari Bangi ke Seremban, Negeri Sembilan dan dari Senai ke Simpang Renggam, Johor Baharu, kata jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Berhad kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata ke arah utara pula, trafik bergerak perlahan dari Sungai Buloh ke Rawang di Selangor dan dari Slim River ke Sungkai di Perak.
"Namun, aliran trafik masih terkawal," katanya.
Menurutnya kesesakan berlaku berikutan orang ramai mengambil kesempatan cuti umum sempena Tahun Baharu Cina untuk pulang ke kampung atau pergi makan angin.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pula melaporkan aliran trafik mula bergerak perlahan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) ke Plaza Tol Gombak.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama
Post a Comment