BERITA TERKINI

Friday, 27 June 2014

Buruh kantoi di penjara 14 hari

Advertisement
KUALA TERENGGANU - Seorang buruh sanggup meredah perjalanan hampir sejam semata-mata hendak mencuri di sebuah pasar raya di Gong Badak, di sini, Isnin lalu.

Bagaimanapun, usaha Fazreen Ab Wahab, 26, dari Kelulut, Marang yang masih bujang itu tidak berbaloi apabila ditangkap pengawal keselamatan bertugas, seterusnya dijatuhi hukuman penjara 14 hari oleh mahkamah majistret, di sini, semalam.

Hukuman dibuat selepas dia mengaku salah mencuri tiga botol Blackmores Fish Oil 1,000mg 120 P03 milik sebuah pasar raya di Gong Badak, kira-kira jam 2.30 petang pada 23 Jun lalu, di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam bangunan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau didenda, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa Inspektor Miky Dunstan Muda di hadapan majistret Abdul Hayyi Salim, manakala Fazreen tidak diwakili peguam.

Post a Comment