Gambar hiasan
Jiran, Mohd Hatta Ahmad, 46, berkata, mangsa yang dikenali sebagai Mustakim, 40an, sering bersarapan dan makan tengah hari di warung miliknya berhampiran rumah namun seminggu lalu dia tidak kelihatan.
Menurutnya, timbul perasaan curiga dengan keadaan rumah mangsa yang berkunci dari dalam selain lampu luar rumah tidak dimatikan seminggu lalu malah tidak nampak kelibat lelaki itu keluar bekerja seperti biasa.
“Kelmarin saya cuba intai dan panggil nama dia dari luar rumah namun tidak berjawab lalu saya beredar.
“Pagi tadi (semalam) saya bersama penduduk lain nekad pecahkan pintu dapur rumah berkenaan kerana curiga dengan bau busuk dan panggilan yang tidak berjawab,” katanya.
Hatta berkata, alangkah terkejut melihat mayat dalam keadaan berulat tersandar tepi dinding berhampiran motosikalnya sebaik sahaja pintu rumah berjaya dibuka.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Zulkepli Hashim yang dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.
Menurutnya, siasatan awal mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut namun siasatan lanjut masih dijalankan.
“Mayat dibawa ke Hospital Mersing untuk bedah siasat dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian,” katanya.

Post a Comment