Polis menahan seorang pelajar kolej berhubung video yang menunjukkan lelaki telanjang yang sedang melancap di lorong belakang rumah jirannya di Pandan Indah.
Menurut laporan The Star, lelaki berusia 19 tahun itu ditahan di rumahnya di kawasan itu selepas dia telah dikenal pasti sebagai lelaki dalam video itu, yang menjadi viral selepas dimuatnaik dalam media sosial.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, lelaki itu mengaku melakukan perbuatan dalam video itu tetapi mendakwa ia adalah kali pertama dia melakukan perkara seperti ini.
“Kami menahan beliau untuk siasatan lanjut,” kata ACP Khairuldin.
Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki telanjang muncul dari semak di lorong belakang dan bergerak ke tingkap dapur rumah jiran.
Beliau kemudian berundur ke dalam semak dan meninjau ke dalam tingkap.
Perbuatan lelaki itu telah didedahkan apabila penghuni rumah itu melihat melaluai rakaman CCTV yang dipasang dirumahnya.
Dia melarikan diri apabila mereka menjerit kepadanya.
Post a Comment