BERITA TERKINI

Wednesday, 11 November 2015

Kacau bilau politik sekarang,Cikgu Man terima ugutan bunuh

Advertisement
KUALA TERENGGANU – Satu laporan polis dibuat di Balai Polis Kuala Terengganu, oleh Pengerusi Kelab Penyokong Pakatan Harapan Negeri Terengganu, Othman Ismail yang mendakwa menerima ugutan.

Othman ketika ditemui media memberitahu, ugutan itu diterima melalui aplikasi WhatsApp daripada seorang individu yang didakwanya sebagai ahli sebuah parti dan berasal dari Selangor.

Antaranya mesej diterimanya berbunyi ‘Cikgu Man telah murtad, wajib hukum bunuh’. Othman yang turut dikenali sebagai Cikgu Man memberitahu, laporan tersebut dibuat atas nasihat rakan-rakannya yang melihat perkara itu sebagai serius serta mengambil kira faktor keselamatan dirinya.

“Tak kenal, cuma kenal muka sahajalah melalui wajahnya dalam telefon atau (gambar profil) WhatsApp. Sebelum ini banyak dia mengugut saya, saya tidak hirau,” katanya kepada media semalam.

Othman turut menjelaskan, sebelum ini beliau menerima banyak ugutan daripada pelbagai pihak ekoran kelantangannya dalam mempertikai tindakan Pas yang menyebabkan berlaku pertindihan kerusi sejak PRU13 lalu.

Bagaimanapun katanya, ugutan-ugutan tersebut tidak dihiraukan sehinggalah ugutan terbaharu mengenai dakwaan beliau murtad dan wajib dibunuh.

“Sebelum ini sudah lama saya menerima pelbagai ugutan. Untuk mencederakan, untuk menyerang, membuatkan saya berwaspada, berhati-hati kalau pergi ke mana-mana. Gambar-gambar peluru, pistol saya biasa terima,” katanya.

Post a Comment