Nvidia telah tampil ke pentas dan mengumumkan kad grafik terbaharunya yang diberi nama Titan X. Syarikat itu menggelarkan kad grafik ini sebagai kad grafik termaju di dunia. CEO Nvidia Huang Jen-Husn tampil ke pentas untuk memperkenalkan kad grafik itu yang dilengkapi 12GB RAM dan 8 billion transistor.
Butiran mengenainya tidak banyak diumumkannya, namun Nvidia akan mendedahkan lebih banyak mengenai kad grafik ini pada acara GPU Technology Conference anjurannya yang akan berlangsung dalam dua minggu lagi.
Post a Comment