BERITA TERKINI

Saturday, 17 January 2015

Kanibal Manchester dihukum penjara seumur hidup

Advertisement
Manchester (Tennesse): Lelaki yang didakwa membunuh dengan kejam dan memakan mayat mangsa berusia 36 tahun pada Jun 2014, dihukum penjara seumur hidup tanpa kemungkinan diberi parol, semalam.
Gregory Scott Hale, 38, yang menurut pendakwa raya menganggap dirinya pemuja syaitan, menghadapi tuduhan membunuh dengan niat dan mencabul mayat Jun lalu selepas mayat Lisa Marie Poore Hyder, 36, ditemui dalam keadaan dipenggal dan dibakar di belakang rumah bapanya.
Hale dihukum semalam selepas mengaku bersalah di depan hakim Mahkamah Coffee County Craig Johnson.
Pendakwa raya daerah Craig Northcott memberitahu mahkamah, Hale sentiasa mempunyai fantasi untuk membunuh dan memakan mayat tetapi tidak pernah menjelaskan mengapa dia memakan mayat Lisa.
Sebaik mayat mangsa ditemui tahun lalu, bapa Lisa, Billy Poore, memberitahu wartawan, tidak ada yang tinggal pada mayat anaknya.
“Mayat anak saya hancur, dicincang dan dikerat,” katanya Jun lalu.
Ketua syerif Coffee County Frank Watkins berkata, Hale dan Lisa bertemu pada hari kejadian di sebuah kedai arak tempatan.
Polis dimaklumkan mengenai pembunuhan itu pada 8 Jun selepas Hale cuba meminjam jengkaut jirannya untuk menanam mayat.
Jirannya yang terkejut dengan kenyataan lelaki itu, memaklumkannya kepada polis
Northcott juga memberitahu mahkamah, selepas diberikan kebenaran menggeledah kediaman Hale, pegawai menemui badan manusia yang hangus dengan tangan, kaki dan kepala dipenggal. Bahagian badan itu ditemui dalam baldi berhampiran lubang yang mempunyai kesan terbakar.mymetro

Post a Comment