BERITA TERKINI

Friday, 16 January 2015

20 dikhuatiri hilang dalam kejadian bot tunda karam di Sungai Yangtze

Advertisement


BEIJING: Lebih 20 orang termasuk beberapa rakyat asing dan seorang rakyat Malaysia dikhuatiri hilang hari ini selepas sebuah bot tunda tenggelam di Sungai Yangtze di timur China, lapor Agensi Berita Xinhua.

Tiga orang berjaya diselamatkan apabila bot itu tenggelam petang semalam ketika pelayaran ujian di timur wilayah Jiangsu.

Antara warga asing yang hilang ialah dari Jepun, India dan Singapura manakala seorang warga Perancis serta Indonesia turut dipercayai hilang.


Pemilik bot dan juruteknik yang bekerja di atas bot itu turut hilang.

Jurucakap Kementerian Luar Singapura berkata kapal itu, JMS Delta, didaftarkan di republik berkenaan dan empat rakyatnya turut berada di atas kapal terbabit. - AP/AFP

Post a Comment