Menurut laman web rasmi BWF, Chen Long mendahului ranking tersebut bermula semalam, selepas memenangi gelaran pada Kejohanan Final BWF Super Series pada 21 Disember.
Chen Long menewaskan pemain Denmark Hans-Kristian Vittinghus 21-16, 21-10 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Kompleks Sukan Hamdan di Dubai.
Penggantungan sementara itu bermakna Chong Wei dilarang untuk sementara daripada menyertai mana-mana kejohanan sebelum keputusan dibuat oleh Panel Pendengaran Doping BWF.
Badan dunia itu mengenakan tindakan itu berdasarkan dapatan analisis terperinci terhadap sampel pada Kejohanan BWF Dunia pada Ogos lepas.
Seorang lagi pemain ternama China, Lin Dan turut jatuh ke ranking keenam manakala K. Srikanth dari India melonjak dua anak tangga ke ranking keempat dunia. - Bernama
Post a Comment