BERITA TERKINI

Sunday, 28 December 2014

AirAsia Indonesia QZ8501 hilang di ruang udara Teluk Kumai

Advertisement
KUALA LUMPUR - Sebuah pesawat AirAsia Indonesia, yang membawa 163 orang, hilang ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura pagi ini.
 
Menurut laman Facebook dan Twitter rasmi AirAsia, pesawat Airbus A320-200 itu terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara pada 7.24 pagi waktu tempatan.
 
Dalam kenyataannya, AirAsia berkata pesawat itu dikendalikan dua juruterbang, lima petugas kabin dan seorang jurutera.
 
"Ketika ini, operasi mencari dan menyelamat dijalankan di bawah seliaan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Indonesia," katanya.

Lima kapal digerakkan mencari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di perairan antara Tanjung Pandan dan Pontianak, menurut Ketua Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR), Bangka Belitung.

Malaysia sedia menghulur bantuan kepada Indonesia dan Singapura bagi mengesan pesawat Air Asia QZ8501 yang dilaporkan hilang ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, setakat ini Indonesia telah mengendalikan operasi mencari dan menyelamat.

"Kita sentiasa berhubung dengan rakan kita di Indonesia dan Singapura mengenai hal ini. Kita bersedia untuk menghukurkan sebarang bantuan kepada mereka," katanya dalam satu kenyataan di dalam akaun rasmi Facebook miliknya hari ini.

Pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura awal pagi tadi dikatakan sebelumnya melaporkan menghindari pembentukan awan tebal.

Menurut portal Kompas.com yang memetik Ketua Jeneral Perhubungan Udara Indonesia, Joko Murdjatmojo, juruterbang pesawat sempat melakukan komunikasi terakhir dengan Pengawal Trafik Udara (ATC) di Bandara Soekarno-Hatta pada pukul 6.12 pagi waktu Indonesia.

"Saat itu pesawat melaporkan akan menghindari awan dengan berbelok ke arah kiri. Saat itu pesawat terbang dengan ketinggian 32,000 kaki dengan arah 320 atau ke Barat Daya.

"Pada pukul 6.17 pagi , pesawat hilang hubungan dan pada jam 6.18 pagi yang terlihat hanya 'flight plan' atau rencana penerbangan," katanya.





Post a Comment