PEKAN - Seorang lelaki, dipercayai mengalami masalah mental ditahan polis selepas menetak kepala, badan dan tangan abang iparnya dengan sebilah parang panjang di sebuah rumah dekat Permatang Pauh di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Yahaya Othman berkata, polis turut merampas senjata berkenaan daripada suspek berusia 35 tahun itu.
Katanya, suspek sudah dua kali ditahan di Wad Dahlia Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk rawatan mental.
"Kejadian berlaku kira-kira pukul 1.40 petang, suspek berang setelah melihat abang iparnya, Roslan Abdullah berusia 40 tahun memarahi kakaknya sebelum tiba-tiba bertindak menyerang dan menetaknya dengan parang.
"Mangsa yang cedera teruk terpaksa berlari ke rumah jiran berhampiran untuk meminta bantuan sebelum dikejarkan ke Hospital Pekan bagi mendapatkan rawatan," katanya. - Bernama
Post a Comment