BERITA TERKINI

Wednesday, 3 September 2014

Tiga maut dan seorang cedera dalam kemalangan ngeri

Advertisement
PUTRAJAYA - Tiga maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan ngeri selepas kereta jenis Proton Wira yang mereka naiki terputus dua setelah merempuh tiang elektrik berhampiran Desa Pinggiran Putra, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi itu, kesemua empat mangsa dalam perjalanan dari arah Dengkil ke Desa Pinggiran Putra sebelum terbabit dalam kemalangan tersebut.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi untuk mengesahkan kejadian itu berkata, tiga mayat mangsa di bawa ke Hospital Putrajaya untuk proses bedah siasat.

Katanya, seorang mangsa yang cedera juga turut di bawa ke hospital sama untuk menjalani rawatan kecemasan.

"Pihak bomba dan penyelamat bersama sebuah jentera dan tujuh anggota tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 7 pagi bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap.

"Buat masa ini kesemua identiti mangsa sedang diteliti dan belum dikenalpasti, maklumat lanjut akan dimaklumkan dalan masa terdekat" katanya.

sourceArtikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0903&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_02.htm#ixzz3CHJqVjgW Hakcipta terpelihara

Post a Comment