Menurut kenyataan polis Australia Selatan, kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun itu yang dilaporkan melawat Australia dengan keluarganya, tercampak dari kenaikan AirMaxx 360 petang semalam.
Mangsa dirawat oleh paramedik dan dibawa ke Hospital Adelaide tetapi meninggal dunia tidak lama kemudian.
Saksi, Malinda Dunwoodie, berkata beliau berada hampir dengan kenaikan itu apabila terlihat kanak-kanak terbabit "terbang di udara".
"Ia amat mengejutkan - macam filem seram...semua orang menjerit ," katanya kepada akhbar The Advertiser.
Kenaikan berukuran 15 meter panjang itu berbentuk labah-labah gergasi dan mampu membawa 24 orang pada satu-satu masa.
Seorang jurucakap Suruhanjaya Tinggi Malaysia memberitahu AFP bahawa pihaknya sedang berusaha dengan Konsul Kehormat di Australia Selatan untuk membantu keluarga terbabit.
Seorang pegawai agensi kesihatan dan keselamatan pekerjaan Australia Selatan (SafeWork SA), berkata kenaikan itu yang beroperasi untuk kali pertama di situ, akan ditutup sehingga acara berakhir untuk siasatan.
Post a Comment