BERITA TERKINI

Thursday, 11 September 2014

Pekerja kedai makan mati dibunuh

Advertisement
KUANTAN – Seorang pemilik kedai makan yang curiga premisnya masih belum dibuka terkejut selepas menjumpai mayat pekerjanya dengan kesan luka pada badan dalam bilik sewa rumah kedai dua tingkat, Jalan Air Putih di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, pemilik kedai berusia 50-an itu melihat pintu premisnya masih ditutup sebelum bertindak naik ke tingkat dua untuk mengejutkan mangsa, Azrul Saman, 30.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abd. Aziz Salleh berkata, pemilik kedai terbabit terkejut melihat Azrul dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri dengan kesan luka pada badan.

sourceArtikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0912&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3D2FFirBS Hakcipta terpelihara

Post a Comment