Dalam kejadian pukul 7 pagi itu, mangsa, Bong Kwee Woon, 31, menemui ajal di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas tercampak keluar dari kenderaannya.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdullah Roning berkata, semasa kejadian, mangsa yang beralamat di Jalan Temiang, Seremban memandu kereta jenis Toyota Camry seorang diri dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Seremban.
Menurutnya, kereta dipandu mangsa melambung memasuki laluan bertentangan dan turut berlanggar dengan dua buah kenderaan lain.
Post a Comment