Nor Hafizah Ahmad, 29, berkata, semalam (kelmarin) ibunya telah membuang semua bahan-bahan ditabur di bahagian keliling rumah mereka sebagai pendinding.
Menurutnya, selepas bahan-bahan tersebut dibuang, mereka mengesan beberapa contengan di bahagian rumah.
“Kami juga agak terkejut kerana lebih banyak kerosakan dikesan,” katanya kepada,di sini semalam.
Nor Hafizah berkata, selain rumah diconteng, buku-buku anak saudaranya turut dikoyakkan.
“Baju-baju yang ada dalam rumah juga didapati digunting dan beberapa rak juga diterbalikkan,” katanya.
Menurutnya, mereka sekeluarga sedang berusaha untuk memulihkan keadaan tersebut kerana bimbang perkara buruk terjadi.
“Kami juga mungkin akan mengadakan bacaan Yasin dan berjumpa dengan seorang pakar perubatan Islam, Ustaz Mohd Redzuan Yusop untuk memulihkan semula keadaan di rumah kami,” katanya.
Post a Comment