Lebih mendukacitakan, suspek yang berasal dari Felda Kerteh Enam itu difahamkan seorang bekas guru.
Bekas guru berusia 40 tahun itu ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dalam operasi khas sebelum ini kerana positif dadah, namun dilepaskan dengan jaminan polis.
Bagaimanapun dia ditahan semula kerana disyaki terbabit dengan kes kecurian kabel di kawasan pembinaan dekat Kuala Paka.
Siasatan awal mendapati, suspek melakukan aktiviti itu dengan bantuan seorang rakannya yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di kawasan pembinaan terbabit.
Majistret, Hazwanie Hussain Bustari memerintahkan suspek ditahan reman empat hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Post a Comment