Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 petang itu, pemandu kereta terbabit iaitu B Mg Bhayarajah, 28, meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya R Subramaniam, 56, mengalami cedera parah.
Jurucakap polis berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kereta dinaiki mangsa tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok kelapa sawit di hadapan sebuah kilang di situ.
“Rempuhan kuat itu mengakibatkan kereta dinaiki mangsa remuk teruk di bahagian hadapan.
“Kejadian itu mengakibatkan Bhayarajah maut serta merta di tempat kejadian manakala rakannya Subramaniam mengalami cedera parah pada bahagian kepala dan patah kaki kanan,” katanya.
Menurutnya, kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner, Zainal Abu mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Post a Comment