Pasukan ‘Gergasi Merah’ bermula garang apabila membuka jaringan pada minit ke-20 hasil tandukan deras yang dilakukan penyerang berbisanya, Paulo Rangel.
Penyerang berasal dari Brazil itu kemudiannya menggandakan jaringan menerusi rembatan deras kaki kanan pada minit ke-31 setelah menerima hantaran rakan sepasukan Abdul Hadi Yahya.
Pasukan Hanoi T&T kemudiannya merapatkan jurang mata menerusi sepakan penalti yang dilakukan Gonzalo Marronkle pada minit ke-35.
Paulo terus beraksi cemerlang apabila mencipta hatrik dengan menjaringkan gol ketiga pada minit ke-42.
Bersambung babak kedua perlawanan, Selangor terus menguji gawang gol pasukan Hanoi T&T namun cubaan yang dilakukan S.Kunalan pada minit ke-47 gagal menghasilkan jaringan.
Terdesak dengan ketinggalan 1-3, pasukan pelawat mula mengasak pertahanan Selangor namun gagal menghasilkan jaringan pada minit-minit akhir perlawanan.
Sebelum itu, dalam satu lagi perlawanan kumpulan F yang berlangsung di sebelah petang, Pasukan Arema Indonesia mengalahkan pasukan Maziya Sports & Recreation dari Maldives 3-2 di Stadium Kanjuruhan, Malang, Indonesia.
Post a Comment